English   Bahasa Melayu  中文        

Ke arah pembedahan prostat tanpa pendarahan


Kami adalah pusat penyakit kelenjar prostat yang berdedikasi dalam menawarkan perkhidmatan profesional dan memberi rawatan terkini yang terbukti kesahihannya dalam mengendalikan semua penyakit berkaitan kelenjar prostat. Kami dikhususkan dalam pengunaan teknologi terkini yang kurang agresif untuk rawatan prostat. Pusat kami juga menyediakan khidmat perundingan dan penyelidikan ke atas penyakit prostat pusat. Kami dilengkapi untuk menjalankan pembedahan laser bagi penyakit pembesaran prostat (Hiperplasia benigna prostat) yang berisiko rendah, dengan kehilangan darah dan ketidakselesaan yang minimal dan tanpa perlu tinggal di hospital. Kami digabungkan dengan pusat perubatan yang unggul, iaitu Pusat Perubatan Gleneagles Intan yang juga menyediakan perkidmatan pakar-pakar yang komprehensif dalam pelbagai bidang.