 |
Adakah laser sesuai untuk saya?
Laser PVP amat sesuai untuk semua pesakit yang mengalami gejala kesekatan kencing yang ketara akibat pembesaran prostat (BPH). Teknik ini memusnahkan samada ketumbuhan malignan atau benigna. Jika diagnosa tisu diperlukan, biopsi boleh diambil sebelum Laser PVP. Oleh itu, Laser PVP amat sesuai untuk semua pesakit lelaki yang mengalami masalah kesekatan prostat yang ketara. Kesesuaian individu untuk rawatan Laser PVP hanya boleh ditentukan oleh pakar urologi selepas perundingan dijalankan.

|

|
Selamatkah Laser PVP?
Kaedah Laser PVP selalunya mengambil masa kurang dari satu jam. Kajian terkini membuktikan bahawa Laser PVP lebih selamat dari “TURP” dengan kehilangan darah yang minimal. Larutan glycine tidak digunakan semasa prosedur dijalankan dan tiada risiko penyerapan glycine (Sindrom TUR). Komplikasi pos operatif adalah rendah dan proses pembuangan air kecil ke tahap normal dicapai dengan segera selepas prosedur ini berbanding rawatan laser yang lain untuk pembedahan prostat. Prosedur ini dilakukan di bawah bius spinal atau bius am yang singkat dan tiada kesakitan dirasai semasa rawatan dijalankan.

|

|
Adakah Laser PVP mendapat kelulusan FDA?
Ya! Sistem laser ini telah menerima kelulusan dari FDA pada bulan Mei tahun 2001.
|

|
Perlukah saya bermalam di hospital?
Kebanyakan pesakit dibenarkan pulang beberapa jam selepas prosedur. Ada pesakit yang memilih untuk berehat semalaman di hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan ada yang dinasihatkan bermalam di hospital untuk pemerhatian, terutamanya jika prosedur dilakukan pada lewat petang atau perjalanan pulang mengambil masa agak lama.

|

|
Adakah saya akan mengalami kesakitan semasa prosedur?
Jika anda diberi bius am yang singkat, anda berada di dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya sepanjang prosedur. Jika dari paras pinggang hinggalah ke kaki dikebaskan (bius spinal), maka anda akan sedar sepenuhnya tetapi tiada kesakitan dirasai semasa prosedur. Pemilihan untuk jenis bius ditentukan oleh anda dan pakar bius.

|

|
Adakah kesan Laser PVP pada kehidupan seksual saya?
Pembedahan tradisi untuk pembesaran prostat (BPH), iaitu TURP dikaitkan dengan risiko mengalami sedikit gangguan ereksi. Dalam 20 laporan kes-kes klinikal terhadap Laser PVP, tiada didapati kes yang mengalami gangguan ereksi. Bagaimanapun, seperti TURP, walaupun perasaan seronok masih dirasai, pancutan air mani tidak berlaku dan pesakit mengalami kemuncak sex yang “kering”, namun keadaan ini tidak sepatutnya mengganggu keseronokan hubungan seksual.
|

|
Bilakah saya akan melihat hasilnya?
Kebanyakan pesakit merasai kesan yang ketara terhadap proses pembuangan air kencing sejurus selepas prosedur dan akan kembali normal selapas 24 jam.

|

|
Bilakah saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti normal?
Anda boleh memandu kereta atau kembali bertugas di pejabat dalam tempoh seminggu selepas Laser PVP.

|

|
Berapa lamakah saya dapat menikmati faedah selepas Laser PVP?
Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa faedah dinikmati dalam jangka masa yang lama dan jarang
yang memerlukan pembedahan berulang. Jangka masa ini juga dipengaruhi oleh faktor kadar pembesaran tisu prostat.

|

|
Saya pernah menjalani pembedahan prostat. Bolehkah saya menjalani prosedur Laser PVP lagi?
Ya! Tidak syak lagi.

|

|
Bagaimana mengetahui bahawa saya layak untuk Laser PVP?
Hanya pakar urologi anda yang akan menentukan samada anda layak mendapat rawatan ini, berdasarkan sejarah, permeriksaan dan keputusan ujian anda. Keputusan juga dibuat berdasarkan pertimbangan klinikal pakar anda. Kami sudi memberi rundingan dan pemeriksaan untuk tujuan ini.

|

|
Perlukah saya menggunakan tiub salur kencing selepas prosedur?
Kebanyakan pesakit tidak perlu memakai tiub salur kencing, tetapi jika diperlukan tiub selalunya dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

|

|
Adalah saya akan mengalami kesakitan selepas prosedur?
Anda akan merasa kurang selesa seperti pedih yang ringan semasa pembuangan air kecil selama satu minggu. Masalah ini dapat diatasi dengan ubat penahan sakit.

|

|
Apakah risiko jangkitan selepas Laser PVP?
Kuman yang mengakibatkan jangkitan selalunya memasuki pundi kencing melalui tiub kencing yang anda gunakan. Jangkitan kencing kurang berlaku selepas Laser PVP kerana anda hanya menggunakan tiub kencing untuk masa yang singkat.

|