Kami bertempat di suite 219 (tingkat 2), bangunan pesakit luar Pusat Perubatan Gleneagles Intan. Pusat perubatan ini bertempat di sepanjang laluan sebelah utara Jalan Ampang, 3km jaraknya dari Menara Berkembar Petronas, 2km jaraknya dari Jalan Tun Razak dan 1km jaraknya dari Lingkaran Tengah Kuala Lumpur pada arah yang bertentangan. Pusat perubatan swasta ini terkenal di kalangan pemandu teksi dan anda juga boleh berjalan kaki dari stesen Jelatik LRT. Tempat letak kereta bertingkat disediakan di dalam premis ini dan terdapat juga tempat letak kereta terbuka di belakang pusat perubatan ini. Perkhidmatan kerusi roda dan porter boleh didapati di bahagian lobi dan di bahagian bangunan pesakit luar.